Sunday, January 31, 2010

Last Minute

Kerja last minute. Macam ni la jadi.

Esok harus rushing berlari2 kucing mendaftarkan Passport diri sendiri.

Paling kelakar semalam mak aku dok mencari2 Passport aku xjumpe. Masalahnya masing2 dah bersetuju 100% aku dah buat Passport. Alih2, tengok passport lama, x bergunting atau tulis batal. Maksudnya, sama ada aku TAK BUAT atau AKU TAK PERGI AMBIL TAHUN LEPAS. Haru ke tak? Manusia x pernah lari dari pada sifat lupa. Lagi2 aku yang mmg ada sedikit memory lost.

Padan muka esok bangun pagi pas subuh berkejaran ke Airport Subang buat Passport pastu berkejaran ke UiTM Shah Alam yang mana sebelum itu harus scan pelbagai perkara untuk dihantar ke pihak tertentu. Gila x gila.

Bila tanya, "Passport dah siap kan?".
Konfiden gila jawab, "Oh, saya dah siap lama".

Berlagak nak mampos! Jangan ikot ye kawan2. Nak berlagak boleh, tengok la dulu benda korang nak lagakkan tu wujud ke tak.

Ok kawan2, bawah ni gambar time aku bersama rakan seperjuangan ke sungai bermandi manda. Seronok. Sebab makan, mandi, makan, mandi. Maka jadi la buncit. hehe.


Me, Nadia & Wani on the way to Sungai Sendat, Ulu Yam


Bersama budak2 bakal ke German. T__T


Faisal gila. Dalam sungai pon nak pakai snorkel.



[++ So Good ++]

Thursday, January 28, 2010

Keadaan tegang.

Sungguh stress ye sekarang.

Nak buat kerja lain pon x menentu.

Makan je boleh.

Tapi tapi.. I da dapat diet plan. Mari la gambatte! =)

Kalao jadi, aku share dengan korang ok.

Ia sungguh strict. Xnak keluar rumah dua minggu.

heheh.

Kao ingat aku cuti2 x stress?

HARAPAN.




[++ So Good ++]

Tuesday, January 19, 2010

Seperti dijanjikan.

Berapi2 ke nak tau next story?
Banyak aku nak cerita. Ingat nak copy paste je report Home Visit aku, tapi xperlulah.
Aku story kasik simple terbaek punyelah kat korang ok!
Kesimpulannya, BEST!. Xhabes entry dah ade kesimpulan. T_T.
Ok, mari lihat gambar!!


9am: Sampai2 KTM Subang Jaya je Mr. Ifuku Koichi telefon aku. Dari jauh aku nampak seseorang berbaju biru ala2 Jepun sedang bercakap di telefon. Assume itu adalah beliau. hehe. BETOL ok. ;) Conversation in Japanese ok. English sikit2. hehe. Yeke? Ye kot. sebab mereka tak fasih sangat english.



Di apartment mereka. Bersama buah tangan kami bagi. Fruits dalam basket and kerepek. Simple.
Mr. Ifuku Koichi (61) & Mrs. Mihoko (59) with Syazwani (dia Malaysian ye). ;D
Beliau lecturer di Kolej Teknikal Jepun, INTEC Shah Alam. Ajar Maths in Japanese. terbaeek!

We were served with sakura tea & cookies. Rasa sangat manis teh itu. Undescribable.

Pandai main gitar tau! Lagu Sakura & OST Autumn in My Heart (xtahu tajuk). Hobi beliau main badminton, swimming. Mrs. Mihoko lak pandai skiing!!Everyday dorang jog kat tasik. Aku?? Haramssss.. hehe.


Lunch hour nak buat onigiri. Ni intinya, bonito flakes. Drpd ikan ye. Experience where at first, soy sauce blakang tu contained alcohol. Sebaik aku perasan. Terus tukar Kicap Kipas Udang. So mix with kicap dan mayonnaise.


Aku wrap xjadi, macam biasa. Sangat x pakar. terkeluar2 isi. hahahaha. tembamnye aku!! T_T


Food we ate. Onigiri yg tengah2. Kaler kuning tu Tamagoyaki (egg rolled) - SANGAT SEDAP ok! Mahu lagi! Sensei, buatkan. =) hehe. Dan Miso Soup (Xsedap sangat, tapi telanssss). Sup ni mereka makan hari2 for breakfast. Good for health.



Peace ya'll. haha.



Tau la ko suka makan Wani oi!



with the family. =)
Oh, Mr. Ifuku Koichi sangat suka durian. Mrs. Mihoko suka Nasi Lemak. hehe.


Ni dapat tengok duit Jepun. Aku serius nak buat ala2-contoh-bila-duit-letak-dlm-tv tu. Jadi x? haha. 10000 Yen = RM300 ok. Aku xdapat tu, aku dapat 5 Yen je. Duit syiling berlubang tu ha.

All of us. ;)

Dapat rice cake & kipas Jepun. Arigatou ne!
Ha, around 1.45pm kitorang balik la. Experience sgt lah mengujakan. Kalao ada home visit lagi, nak pergi. haha. Sangat tak sia2 sensei aturkan pertemuan ni. Wah. ;)

Singgah Pyramid sekejap.


[++ So Good ++]

Wednesday, January 13, 2010

Home Visit Intro.

Hello!

Family di KLIA hantar 'mereka' balik Jepuns.


Ok, Sabtu ini aku ada Home Visit Program yang sensei aku uruskan. Aku dan sorang lagi member bakal berjumpa dengan Ifuku Koichi-san yang hanya tinggal di Subang Jaya (relieve gila beliau tinggal dekat sini saja even xtahu apartment die duduk kat mana). Penat aku google rumah beliau yang mana. Sedih, x jumpa. Xpe2, nanti akan jumpa beliau dekat KTM Subang Jaya. heheh.

Perasaan? Sangat tidak sabar. Padehal dalam hati "dup dap dup dap" mengenangkan cuti almost 2 weeks ni aku tak belajar Nihongo sangat (Abes aku kalo sensei2 tahu). hehe. Eh, tapi harus dibanggakan jugak sebab nye aku masih ber-utus emel bersama rakan pena aku yang orang Jepun jugak. Masih x putus sahabat. (walaupon nak balas emel beliau amik masa sejam. serius, ak x tipu). hoh.

MAKA ya kawan2. Aku nak mintak sangat idea. Ok, I'm totally desperate for ideas right now. Datang rumah orang, mesti bawak buah tangan, bukan? Any ideas tak nak bagi apa kat Ifuku Koichi-san?

Idea aku bersama member adalah memberi buah2an tempatan - sila exclude durian dan tembikai.. Eyh, epal tu buah tempatan ka? Dan my mom's ideas -- "Kau bagi ja kain pelikat or batik, tak pun, kerepek tu ha". Dan ak hanya berminat pada kerepek. hehe.

Ok, keluarkan idea korang! Arigatou Gozaimazu!

Happy Birthday!! Ala comey jer. =D



[++ So Good ++]

Sunday, January 10, 2010

Owning a blogshop.

Aku ni mungkin ada darah bisneswoman dalam diri. Darah tu kaler ape, aku kurang pasti. Dari dulu dengan kerja2 menjual - sejak zaman sekolah la maksud aku. Bukak gerai sana sini, tambah duit la konon.
Semakin meningkat muda remaja ni, hati membuak2 nak buka kedai jual2 ape2 jelah satu hari nnt. Dan sekarang aku tengah x tahu nak buat apa sebab kelas x ada, kawan2 semua kerja dan ada kelas lagi2 sem baru ni kan. Dan paling sedih aku melagho sorang2 kat rumah dgn nothing to do. How bosan.
Oh, klimaksnya, aku nak bukak blogshop. Tapi aku x tahu nak buat mcm mane. Eh, aku pernah cerita ke pasal ni? Macam pernah, tapi macam belom. Ok, cakap macam haram saje. Yela, tambah duit cket la. Pocket money xcukup la kalo duit PTPTN je kan. Haha. Tamak haloba. Aku berlambak baju bajan yg aku ingat nak jual. Quality terbaek, jangan risau. Aku xsuka songlap duit orang dengan kerja2 haram ok.
Nak jadi macam Tirah - own her blogshop by selling perfumes. Ok, ak promote lah. Macam susah pulak kan jadi blogshop owner ni. Banyak benda harus fikir. Dengan macam mana aku nak balut barang tu lah, bank in duit dlm bank lah, gi pos ofis nk pos barang lah, dan sebagainya macam menghantui fikiranku.
So anyone ada link or nak tolong aku, please2 I do need ur help. Lagi2 Tirah and those yang ada blogshop. hehe.
kata pendek: Still xkan jual beg2 aku. Ok, Ain? =D
[++ So Good ++]

Thursday, January 7, 2010

Umur

This morning my sensei sent me a message saying that,


"Salam. Ohayo. Pls give me ur full name, age, hp no, asap. Tq".


Bagi korang mesti macam. Ok, what?No big deal. Reply sudah kan.


Aku berfikir sesuatu.


Should I put 21 or 22 for my age eyh?


Setelah berfikir. Ok, 21 je la memandangkan belum bulan 5. ;)

+++++++++++++++++++

Oh, My mum hadiahkan Nihon-go - Mare-go no jissho to me. =) Mksudnya kamus Japanese to Malay. Banyak kot words aku x tahu. Thanks mama! =D

baby cute ni not mine la opkos. Nagisa san (the one I told u about the FACON fair) punya nephew. Outa san namanye. Cakap la yang dia ni cute gilerrrrrrrr!!!!!!!!!!






kata pendek: Need to read more on my kotoba (word).


[++ So Good ++]

Wednesday, January 6, 2010

Beg & Bintang.

Jari aku dok gatai nak menaip jugak. Ingat nak updet esok je sebab dh lewat malam. Lewat ke? hehe.

Aku sebenarnya xtahu pe nk jadi dengan aku ni. Asal tengok beg cantik je nak beli. Semalam gi Pyramid, nampak studded bag cun melecun x hengat. Tros berhenti berfikir nak beli ke x. Pastu member kate cantik. Ok, ak angkat. Dptla 10% off. heheh. =) Dan aku sgt suke beliau.
Note pada Ain: Aku xmungkin jual beg2 aku ni ha. Kesayangan kot. hahah.

Oh boleh x nk cr suami yg bawak aku gi Planetarium tengok bintang? (Gara2 menonton We Got Married). Ape ingat Planetarium x best ke hah? Aku nak gi Zoo Negara dengan Muzium Negara jugak. Itu matlamat bila dah ada laki. hahah.

Sekarang cuti mahu berjalan2 sajer. Esok nk gi Subang Parade pulak. (mentang2 PTPTN da masuk kan). Aku xkesah pon jalan sorang2. Takot tu takot jugak kadang2 aku kalih belakang tengok kot2 ade org stalk aku. (Belagak artis mcm dikejar paparazi). Ok, esok aku pakse adik ak ikot. heheh. Diharap tidak membeli beg.

kata pendek: Penat r ngadap lappy 1 hari. Mahu tmbh power spec neh!

[++ So Good ++]

Sunday, January 3, 2010

Aku xsambut New Year ok. Sebab aku buat benda lain.

Xnak kalah entry title.

Wah lama giler x hupdate blog! Ain & Paani sudah memesan kt FB. Kesian sbb New Year nyer entry pon x dapat buat. Malam new year dekat faculty buat kerja. Sedih. T__T.

Tapi, aku suka hasil tok 1 Jan 2010 ni. Presentation day tok pelajar2 kelas intensif Bahasa Jepun. Aku sayang korang. sayang ke? hahaha. Thanks kepada semua sensei yang penat2 ajar kami yg degil dan sedikit lambat dan sangat shizuka (quiet) ini. Anisa sensei, Suzana sensei, Norashima sensei, Rashid sensei, Azmi sensei, G Sharina sensei, Shima sensei, Aizah sensei terima kasih atas bantuan anda sume. =)


Kami wearing yakita. Eh yeke ni nama die. Yg pasti bukan kimono ok.


Bon odori. Japanese traditional dance.






Penat. rehat.


From left: Azmi sensei, Rashid sensei, Anisa sensei, Suzana sensei, Norashima sensei


Thanks all! =D


Sempoi~


Skema betol. hehe.


Peace!!


Dame desu!



The ladies..


Buat muke cute cepat!


Maru! Batsu!


Jejaka malaya. hahahahha. poyo.


Yg terrcantik.. aku dikanan itu. haha


Korang sume sempoi.


Pandang belakang


Nak buat ala2 Zarifah, tapi Zarifah lagi terbaek. haha.

Penat sebulan belajar Nihon go (Bahasa Jepun). Serius aku xda masa. Tp, demi masa depan. Ak & kawan2 berkorban jugak. Doakan kami berjaya ok.


Sempena new year ni. aku ada impian.

1. Nak kuruskan badan. sebulan aku cuti ni, aku nak bersenam! yeah. Kental Khay! Nak kurus mcm CikEpal boleh? wahaha. Sebab bace entry beliau ritu.

2. Update blog selagi ada masa.

3. Keluar jalan2 seluruh Malaysia. Weyh kawan! Ajak aku kuar ok! Sedih plak korang da start kelas.


kata pendek: Jangan ditanya bila pergi Jepun. Sebab aku xda info lagi pasal itu. Promise will update ok!


[++ So Good ++]