Friday, October 29, 2010

Perbualan

Makcik: Dah kahwin ke?
Seseorang: Belum.
Makcik: Umur berapa?
Seseorang: 22.
Makcik: Oh, sama lah dengan anak makcik.
Seseorang: Oh yekee.... Anak makcik dekat Indonesia ke?
Makcik: Iya. Tapi anak makcik lelaki. Dah ada cowok ke?
Seseorang: Tak ada.
Makcik: Tipulah tak ada. Dah 22 takkan tak ada cowok.
Seseorang: Betul makcik, tak ada.. tak tipu.

Makcik sengih2 dan tukar tajuk perbualan.





Wokey.. Makcik nak ngendeng anak dia dengan seseorang kah?

Wahahaha.

Aku? Tak de komen lah.



[++ So Good ++]

Saturday, October 23, 2010

Adakah benar minggu belajar anda betul2 belajar?

Disebabkan kerja dah hampir banyak yang siap, maka mari berusaha mengupdate blog.

Nak cerita pasal study week ni la kan yang sepatutnya study. Kata pun study week, harus lah belajar. Walaubagaimanapun, disebabkan menjadi pelajar akhir tahun yang berjaya, tak dapat la nak belajar sepenuhnya sebabnya banyak betul kerja kena siapkan pada minggu belajar ini seperti subjek Robotic dan juga event ye pada 20 Oct hari itu. Sungguhlah sibuk sampai takdelah sentuh buku pun cuma baca dan hafal dan fahamkan subjek Robotic je lah itupun sebab ada test pada petang Jumaat.

Apetah lagi minggu hadapan. Gila betul esaimen dan mini projek subjek Robotic tak buat lagi. Haruslah tengok kawan2 punya kerja sedikit. Semuga bertambah ilmuku hendaknya. Oh mengapa semuanya berkaitan Robotic? Kawan2, sila lah amik special topic Robotic sem depan. Takpun Welding. Kepada pelanggan setia aku yang ada twitter tahu sajelah aku ni sikit2 tweet pasal welding, bengkel, welding, bengkel, design. adoi.

Ok, banyak betul membebel. Tengok gambar event lah.

Ke nak sambung entry lain?



Ok, entry lain lah.
Haha.

Bye.


Ok, sikit je la bagi tunjuk. 1 je gambar. Nanti update lain k.


Pekerja2 gerai.



kata pendek: Mari melagho. sekejap.



[++ So Good ++]

Saturday, October 16, 2010

Antara nama dan jenama.

Hi!

Pernah tak kau orang terfikir kenapa sesuatu benda yang dah ada nama dia sendiri, tapi orang sebut benda lain? Perkara ni sangatlah common sampai kadang2 kita tak sedar. Tapi hari tu dah berdiskusi dengan rakan taulan. Maka, nak tanya korang pulak lah.

Tapi, korang faham ke soalan aku atas tu? Ayat berbelit pula. Susah kot nak terang. haha.

Takpe, aku ada contoh bagi kau orang faham punyalah.

Pertama, Maggi. Apa segala jenis mee kecil kerinting2 pon korang panggil maggi. Padahal, maggi tu jenama. Betul tak? Apsal tak panggil IndoMee tu sebagai IndoMee selain Maggi? Alah, time korng beli 'maggi', mesti sebut, "aku nak beli Maggi Rusky". COntoh ye itu. Maggi yang jenama digabung dengan Rusky jenama. Ok.

Kedua, Softlan. Ni pun satu hal. Macam tak de pelembut kain selain Softlan. Kadang2 orang cakap nak beli softlan, tapi yang diamiknya Downy. Ada member aku cerita, kawan dia tanya, "Ada softlan Downy tak?" lol. Ok.

Ketiga, Colgate. "Aku nak sikit Colgate kau boleh?" Padehal benda tu ubat gigi. Jenama Darlie pulak tu. Kesian jenama2 lain kan. Tiba2 macam tak famous pula.



Tiga je benda terlintas dalam otak. Tapi, mungkin banyak lagi kan?

Share lah dengan aku!




kata pendek: Study leave!




[++ So Good ++]

Thursday, October 14, 2010

Hancur luluh berkecai

Aku turun cafe.

Nampak dua orang itu.

Setelah sekian lama.


Ergh! *_*


Sadness.




[++ So Good ++]

Sunday, October 10, 2010

Si sibuk buat kerja.

I was like. Ooh em gee.

Minggu ni mingu terakhir belajar di semester 7. Ok, rilek. Semester 8 lambat lagi.

Walaubagaimanapun, kerja tetaplah banyak. Tak larat nak buat ni.
Segalanya nak kena submit sebelum 15 Oct. Burr.
Pastu sempat pulak test 16 Oct.
Ada event 20 Oct.
Final exam 1 Nov.

Ok sudah. Jadual ku penuh. Jangan ajak aku keluar. Aku nak duduk dalam rumah sambil ngadap laptop siapkan esaimen dan projek dan proposal agar tidak kesuntukan waktu sebelum tiba masanya.

Sebenarnya aku pun dah naik menyampah dok cerita pasal kerja je dalam blog ni. Tp apa nak buat, tak da modal. Kang cuti universiti lagi lah takde benda aku nak bebel ye tak.


Hope this week will be the best one of all 14 hectic weeks.

Selamat membuat kerja gila sedih.



[++ So Good ++]

Monday, October 4, 2010

Raya nak habis.

I just loveeee raya!

Jumpa saudara-mara. Yang tak kenal jadi kenal. Tak pernah tengok jadi tengok.


Jumpa kawan-kawan zaman muda mudi. Kawan-kawan uni. Kenal kawan baru.


Raya pun nak habis dah ni. Lepas ni takde lah orang nak panggil aku datang rumah kan. Tunggu tahun depan la gamaknya. Eh takpon, korang2 nak kawin nanti, aku datang la. Kui3. Kawin ke?


Member uni aku kata, tahun ni tahun akhir raya sama. Sebab tahun depan InsyaAllah kami dah habis belajar. Sob sob. Sedih nya. Yelah, nanti masing2 dah balik kmpung halaman, takde mase kot nak konvoi raya lagi. Ye tak? Time tu semua sibuk nak intervie
w kerja lah, prepare nak kahwin lah. Haha.


Ada rezeki, jumpa lagi tahun depan kan. Mesti aku rindu raya. Lagi2 dengan makanan. Raya tu dah macam tiap-minggu-kena-makan-nasi-impit-kuah-kacang punya hari.

Ok lah 1 gambar je nak upload. Curik dari Khal's Facebook. Ni Ahad punya gambar. =)





kata pendek: dah puasa 6?





[++ So Good ++]