Friday, October 23, 2015

Japan Short Trip: KL - Kansai International Airport - Kyoto

Assalamualaikum!


Jepun

Destinasi pilihan aku sejak dulu lagi. Masa zaman belajar paling aku ingat sekali lah yang mana aku dan rakan-rakan yang sepatutnya buat praktikal untuk beberapa bulan kat Universiti Nagoya, terpaksa dibatalkan atas sebab yang tak dapat dielakkan. Sedih betul masa tu.

Sempat belajar bahasa Jepun selama sebulan sebagai persiapan untuk kesana. Belajar sebutan, perkataan, huruf dan macam-macam lagi lah. Tapi dah ditakdirkan untuk tidak kesana, dan rezeki kami untuk ke Universiti Daegu, Korea. Pengalaman kat Korea pun best jugak. Segala macam cerita aku pernah tulis dalam blog ni dulu. Hehe..

Sampai la satu masa Ain and the gang ajak pergi Winter Trip ke Jepun tapi aku tak boleh nak pergi. Jeles tengok gambar dorang tu. 

Tiba-tiba bulan Mac 2015 Ain ajak pergi Bangkok. 

"Khay, jum sambut birthday kita kat Bangkok".

"Apsal Bangkokkk? Ok jum". Ye, aku ok kan aje.

Tapi tak semena-mena Air Asia buat tawaran 500 Big Point untuk ke destinasi pilihan. 

"Khayyyy, jum pergi Jepunnnnnnnn pulak lahhh!!", kata Ain.

"OMG JUM!!!!!", kata aku tanpa berfikir.

Tiket memang murah. 500 Big Point + RM 250 return. Gila tak? Aku rasa dah ramai orang update blog pasal ni. Biasa la aku lambat sikit. Haha.

So yeah, finally. I came to Japan last May! Alhamdulillah :D

Itinerary, Ain yang buat semua. Aku macam blur sikit line train dia yang bermacam bagai tu. Ain cakap apa pun aku tak faham. Tapi bila sampai Jepun baru faham sikit la sistem dia tu. 

Kitorang pergi 4 hari 3 malam ajo. Sekejap kan? Janji sampai. Haha.

13 Mei 2015

AAX dari Kuala Lumpur ke Kansai International Airport (KIX) ambil masa dalam 7 jam perjalanan. Flight jam 1 pagi. Ok jugak flight malam kan, takde buang masa sangat. So boleh tidur dalam flight.

Tambahan rakan baru. Kak Ana, Kak Suzy & Iman!

Jam 8.10 pagi sampai lah kami di Kansai Airport - Terminal 1.

KIX ada dua terminal. Terminal 1 untuk flight biasa dan ada stesen keretapi untuk ke bandar Osaka, Kyoto, Kobe dan lain2. Terminal 2 untuk flight tambang murah macam Peach Airlines. Dari T1 ke T2 ada free shuttle bus. 

Hi Japan!

Sempat aku amik gambar ni hah.

Kena naik shuttle train ke Terminal 1

Ohaiyo!

Imigresen kat Kansai ni lama betul nyee lahai nak beratur. 1 jam!. 

Setel kat situ, sementara bersiap gosok gigi bagai kat toilet, Ain amik pocket wifi kat pejabat pos airport. Dah booked online. 4 hari berharga 3,960 Yen. Click link for details ya!  

So kitorang gerak ke tingkat 2 Terminal 1 menghala ke JR Kansai Airport Station. Naik escalator ikut je signboard gambar railway.  

Nanti naik nampak area ni.. Bangunan JR kat depan tu saje.

Disebabkan kami hanya ada dalam masa 4 hari saje, so decided to choose JR Kansai Wide Area Pass yang berharga 8,500 Yen (Early Bird booked online) valid untuk 5 hari. Sangat berbaloi. Kalau beli on the spot kat kaunter 9,000 Yen tau.

JR Ticket Office untuk pick-up JR Pass. Sila berjumpa dengan orang kaunter kat dalam beserta passport.

Valid for unlimited travel for non-reserved seats Sanyo Shinkansen (Shin-Osaka - Okayama), Limited Express Trains & Local Trains operated by JR West & JR Shikoku

Sumber: Klik gambar
Follow aje route ni untuk covered area by Kansai Wide Area Pass

Betul2 depan JR Ticket Office ada JR & Nankai Gate untuk naik keretapi

Dah dapat Pass, gerak ke JR Gate B warna biru tu. Tunjuk Pass kat pegawai yang ada kat situ. 

Naik Airport Express Train HARUKA untuk ke first pit stop kami - Kyoto! Perjalanan amik masa selama 75 minit.  

Ni dalam train...

Haruka Train

Dah sampai Kyoto Station!

Ada jugak locker untuk simpan luggage korang.
Kecik - 300 Yen
Sederhana - 500 Yen
Besar - 700 Yen
Tak tau la untuk berapa lama. Probably per day lah kot..

Cuaca panas. Tapi view ini aku suka. Jepun sangat kan.
Hehe

Exit dari Kyoto Station, kami pun menghala ke hostel kami. 

Sambung lagi nantiiii...

Bye!

6 comments:

  1. JELLYYYYYYYYYYYY!!! (Nampak bebeno makan hati tgk org p jepun hahahaha)

    tp takpe..one day i'll be there! :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehhe. Yes 1 day 1 day. Korea dengan Jepun dah dekat sangatt tu hah.

      Delete
  2. mano bole cuti lelama weh trip oznz 12 hari 3 bln lps tuu.

    yg penting jom jepang lg next year!

    ReplyDelete
  3. Best kan dapat travel partner yg sporting... Semoga berkekalan!

    ReplyDelete