Sunday, October 23, 2016

Road Trip New Zealand: Queenstown - Skyline Gondola & Luge

Assalamualaikum!

Sebulan lebih tak update. Malas katenyerrr... Nak update cerita mana satu pun berfikir2 ni hah. Tapi sambung NZ dulu lah.

Previous post:-


2 September 2015

We had to rush! Nearly 3 pm and its getting dark in Queenstown.. Perut lapar. Tak makan lagi. Kami berempat pergi satu cafe buat alas perut sekejap. Their hot chocolate is to die for! Sedap gilo. Minum & makan sambil berlari ke Skyline Queenstown. Pakcik sebelah cafe tu bagitau boleh jalan kaki je kesana. 

That cafe!

Penat weh sebab berlari kat jalan membukit. 

Tapi sempat amik gambar depan bangunan punnnn! :)

Kami booked Gondola + 3 Luge Ride bulan July 2015, kat website Skyline. Harga NZD 48 per person. Sekarang dah jadi NZD 50 yerr.. 

Kaunter tiket, kalau nak beli masa ni pun boleh jugakk...

The thing is...... only four of us arrived there without Khal & Azfar. Booking tix pulak kat kitorang. Ingat dorang dah sampai dulu. Jadi kita gamble aje cakap kat orang kaunter tu, lagi 2 orang akan menyusul kemudian. Kitorang suruh orang kaunter pegangkan reservation tix tu la. Lucky us, dia cakap OK! Whoaaaa terharu kiterrr.. 

Walaupun gambar blur, saje nak bagitau abam jaga Gondola ni hensem hoi! :)
I told ya lelaki kat NZ ni semua hensem tau. Hahahha.

Dapat naik 4 orang sekali... Best dan view LAWA sangat!

View dari GoPro yang tak berapa nak zoom sangat lah.

Kamera Ain yang zoom lebih sikit. Nice kan!

Sampai nanti akan jumpa Stratosfare Queenstown Restaurant. Kami decide tunggu Khal & Azfar kat situ. Tak lama lepas tu nampak kelibat dorang.... Fuhh selamat la dapat naik Gondola. 

Eeee cantik tau. Kita kena naik chairlift tu dulu untuk naik Luge.

Apa-apa pun, kami makan sekejappp... Beli dua Fish N Chips. Sedap gilaaaa harga pun gilaaa jugak. Hahaha. Tak payah berkira, lapar... makan. Korang try la Fish N Chip kat sini jangan lupa bawa chili sos paket KFC tau. Hehe. 

View dari luar restoran..

Malam2 cantik tengok lampu2 kat bandar Queenstown dari atas ni..
Bangunan kaca tu restoran dia la..

Up close The Remarkables.
Sejuk mata memandang...

Naik chairlift kat sini dulu, untuk naik ke atas.. Helmet jangan lupa pakai. Kalau ada GoPro cari yang boleh selit camera tu.

Lets gooo!
Sekarang Ain kat sebelah aku ni dah meletopkebabom tau penangan MK. :D

Sampai kat atas, jalan ke tempat Luge sambil adjust camera konon2 nak buat video + gambo. Alih2 salah setting. Hampeh. 

Dari atas seblum naik Luge..... Lake Wakatipu..

Ada dua route kat sini. Easy & Advance kot. Tak ingat namanya. Nanti orang Luge ni ajar dulu.. Pung pang pung pang dia ajar. Dah terer, nanti dia suruh korang jalan kat belah Easy tu dulu... View sini memang superbbbb! Macam gambar bawah ni.

Nampak camera je, slow down and take picture! Hehe. Lepastu bayar la kat kaunter gambo.
Ni je la gambar aku ade.

Kat sini pun ada AJ Hackett Bungy Jump!

Pusing-pusing jalannya. Tapi best naik Luge ni!

Ada sikit2 lagi salji..

Naik chairlift, naik luge. Ulang 3 kali.
Nanti tiap kali nak naik luge, dia conteng la kat tiket kita berapa kali dah naik. Gituhhh...

You should try this when you are in Queenstown!
Route yang Advance tu memang best sebab macam ala-ala mencabar. Tapi untuk view, route Easy tu cun.

Dalam jam 5 petang macam tu, orang pun tak ramai dah kat Luge. Sebab dah nak tutup. Kitorang pun dah habis ride. So marilah pulang!

Masa turun bawah Gondola, nampak tempat Bungy Jump ni....

Jalan ke kereta.. dan kami teruskan perjalanan kami ke.... Wanaka!

Goodbye Queenstown! Lebiu forever. Hehe.

**Gambar campuran Khay + Ain + Khal + Azfar**

No comments:

Post a Comment