Sunday, November 6, 2016

Road Trip New Zealand: Blue Pools Walk, Haast Pass-Makarora Road

Assalamualaikum!

Previous post:-


3 September 2015

Pit stop seterusnya - Blue Pools!

Dari Makarora, dalam 10 minit je dah sampai Blue Pools ni. Kiri kanan jalan ada salji yang dah mula nak mencair. Sampai aje kat Blue Pools tu, parking kereta di tepian jalan. Situ pun jalan bersalji. Dok risau jugak, sebab kasut bukan yang jenis untuk jalan atas salji. Karang terpeleot jatuh satu hal. 

Sampai sudahh! Tengok jalan tu pun berwap sebab ais..

30 minutes return! A must visit ok!

Masa tu memang kami berenam je ada. Tak nampak pun kelibat orang lain. So jalan sunyi je la ditemani kesejukan alam. Eceh. 

Awal-awal track masih ok. Kering, batu2 macam tu. 

Cantik kan.... 

Salji masih ada.... 

Makin lama, jalan pun dah bersalji. Hati2 kalau tak guna kasut yang sesuai...

Ada yang kena langkah pokok ni..

Ada track yang macam ni...

Jalan punya jalan nanti akan sampai swing bridge. Bawah tu Makarora River. 

Jambatan pun ada salji. Kemain slow aku jalan kat sini tauuuu.

Track sini takdela mencabar macam kat Hooker Valley itu hari yang siap angin kuat tengah2 jambatan. Hehe. 

View sebelah sini pulak...

Turun jambatan nanti ada signboard gini...
Nak sampai dah Blue Pools lagi 2 minit aje.
Kalau nak teruskan perjalanan, boleh ke Young Valley atau Young Hut tu...

Swing Bridge..

Jalan depan sikit dah sampai Blue Pools.....
Ni belah satu lagi.

Taraaaa! Memang blue lah air dia. Nampak dasar tuuu! Amazing.........
Kalau bertuah nampak la ikan trout. Ikan apa entah dalam bahasa melayu. :D
Ikan tu datang dari Lake Wanaka ke sini musim sejuk & luruh.

Ni atas Blue Pools Bridge..
"The blue colour is a result of light refraction on clear, snow-fed, icy cold water".
Kompem air ni sejuk gila eh. 

Pastu kami turun bawah nak tengok salji up-closed...

Cantik betul..


Ok fotografer Azfar, 1 gambo!

Acah-acah baling salji satuuuu! 

Selfie salji sebarang dua. :)

Lepas tu kitorang patah balik ke kereta dan teruskan perjalanan....

Bye!

**Gambar campuran Khay + Ain +Azfar**


No comments:

Post a Comment