Tuesday, July 25, 2017

Kedah Bound: Mee Syam Roti Doll Alor Setar & Kereta Sewa di Langkawi

Assalamualaikum!

Ok nak skip kejap Sabah Trip, sebab nak masuk cerita Langkawi bulan 11, 2016. Haha. Adeh.

10 November 2016

Aku naik flight dari KLIA2 ke Alor Setar jam 7 pagi. Member tunggu sana. RM 49 one way naik Air Asia. Sarapan dulu kat Mee Syam Roti Doll. Serius sedap sini. Fullhouse masa datang tu tau. So kalau korang ke Alor Staq, pi makan sana ok!

Roti Puri pun sedappp!

Tapi sini famous Roti Doll!
Ada roti canai banjir letak telur mata dengan sambal. Sedappp!
Total makan sini 3 orang RM 15.50.

Kami terus ke Jeti Kuala Perlis. Parking RM 10 sehari. Then menapak ke jeti cari kaunter tiket feri yang terletak di luar pintu masuk utama. Ada deretan kaunter, pergi situ. RM 18 seorang one way yeee ke Langkawi. Abam kaunter tu cakap, kat sana kereta sewa Viva RM 45 boleh dapat dah. Ok bagus punya rate tu. 

Naik feri jam 10.45 pagi. Perjalanan 1 jam.. Naik feri Star Ekspress kot. Tak ingat.. Gambar takde weh, tak dan nak amik gambar. 

Sampai dekat Jeti Langkawi, ada la orang ramai tanya nak sewa kereta tak sekian-sekian. So terjumpa la abang sorang ni. Kereta Viva RM 60 sehari. Kitorang pun pelik lah, eh tadi kat Kuala Perlis cakap RM 45 boleh dapat. Dia bawak la pergi kaunter dia belah kiri hujung. Kaunter kereta sewa ada kanan dan kiri deretan panjang ye. 

So nego sikit minta RM 40 terus. Saje je test. Biasala perempuan. Lepastu, abang tu naik angin pulak tiba-tiba. Eh mana ada kereta Viva sehari RM 40! Kereta wira cabuk dapat laaa! Kelisa ke! Pastu dia punya cerita kat orang keliling dia kat deret kedai dia tu, cakap. Kau ada ke kereta sewa sehari RM 40????! Kau ada, kau ada?? BANGANG NAK MAMPUS orang tu! 

EH HELLO AT FIRST KAU YANG TERCARI2 CUSTOMER NAK SEWA KERETA KAU. CAKAP ELOK2 TAK BOLEH KE! KO NAK TAU TAK ORANG KAUNTER KAT LANGKAWI BELAH KIRI.....?? DERET BELAH KANAN TU BAHASA BUDI PEKERTI LAGI MULIA SOPAN SANTUN KOT! INGAT AKU HERAN KE TAK DAPAT PERGI KAUNTER KAU! HABIS TAKDE REZEKI KAU HARITU! 

Kitorang memang terkejut gila la weh. Tak pasal2 sampai Langkawi dah kena marah. Amboih. 

Kitorang diam je lepas dia marah tu. Terus blah je tinggalkan dia. Malas nak layan orang bongok macam tu. Takde habis duit pun dengan dia. 

Kami jalan terus ke kaunter deret belah kanan. Jumpa abang ni. Sopan je dia cakap. Ni baru betul orang Malaysia. "Dik, RM 40 sehari memang tak dapat dik.. Kalau Picaso ada, RM 50 sehari". Hah boleh pulak dia cakap elok-elok. Kitorang elok je seal deal dengan dia RM 50 Picaso tu ko tau. Bagi option to customer lagi!

Sewa kereta 2 hari setengah RM 100 je dia bagi tau. Deposit RM 50 dapat balik masa return kereta nanti. SENANG BILA BERCAKAP DENGAN ORANG ADA ADAB.

Lupakan orang kaunter tak berapa waras tu, kami pergi isi minyak. RM 20 dulu. Lepas tu jangan lupa makan tengah hari dekat Kak Yan Nasi Campur! Makan Kerabu Bronok. Pelik lah rasa dia. Keras plak tu. RM 5.50 makan nasi sorang kat situ.

Ok dah tu je nak cerita half day dulu. 

Gambar memang tak de pun entah la kenapa.

Bye!

Saturday, July 22, 2017

Sabah Trip: Kota Kinabalu - Pulau Manukan, Pulau Mamutik & Dinner di Gaya Street

Assalamualaikum!

Previous post:-


3 Mac 2016

Dari Pulau Sapi, kami gerak ke Pulau Manukan pulak.

Lessgoooo!

Ok dah sampai!

Yuran Konservasi ni bayar masa sampai kat mana-mana Taman Tunku Abdul Rahman yer.

Nak cari port lepak

Ok jumpa. Pasir cun, laut pun membiru.
Orang tak berapa ramai sangat..

Quite jernih la. 

Gambar bertiga..

Dah jum balik

Bye Manukan

Toilet sini pun K.O jugak macam Sapi. Haih la.

Next! Dalam 2 petang gerak ke Pulau Mamutik.

Pintu masuk

Jeti Mamutik

Sini toilet best sikit. Hahah. 

Masa nak balik. Jam 4 petang gerak balik dah..
Tertido-tido dalam bot. Penat kot. 

Sampai Jesselton Point, amik gambar kejap then balik hostel.

Malam tu makan kat Gaya Street. Disebabkan susah nak parking situ, parking je lah mana-mana tepi jalan. Ni area Pasar Besar KK dekat dengan Jesselton Point. 

Fresh seafood!

Pilihhhh jangan tak pilih..

Kami masuk gerai Haji Manja  ni..

Tiger Prawn masak butter garlic KK style.
RM 45 3 ketui ni tau. Tapi sodappp!

Tomyam sotong

Pakis belacan

Ikan masak sesuatu. Pahit ikan ni. Dont like. 

Campur dengan air jus sorang satu, RM 113 untuk 3 orang makan. 

Lepas tu berjalan ke Pasar Filipin. Takde beli apa pun. Kedai banyak tutup dah. Pergi pasar malam pun tengok-tengok je..

Pasar Filipin

Terus balik bilik dah lepas tu. Tak larat oi.

Haa simple je post kali ni. Hehe.

Bye!

Sunday, July 2, 2017

Sabah Trip: Kota Kinabalu - Snorkeling & Parasailing di Pulau Sapi

Assalamualaikum!

Previous post:-


3 Mac 2016

Pukul 7.30 pagi dah nak gerak ke Jesselton Point. Singgah kedai makan jap beli makanan. Goreng pisang, keledek goreng, nasi lauk ayam sikit untuk lunch.

Jalan tak jam pun. Masuk parking.

Ni rate parking pada zaman 2016 ye.

Masuk dalam ni ada banyak gerai makan yang still tutup..
Jumpa abam semalam tu, then dia bawak kami ke jeti tunggu bot.

Tempat tunggu bot

Keliling kawasan jeti. Bangunan baru nak buat. Construction everywhere! Habis laut tauuuuu.

Abam tu cakap, 1 bot 12 orang yer. Ok fine la takdela pack sangat. Tapi masa tu Polis Marin tak datang lagi. Lepas polis lalu je dari bot kami, boleh plak bot satu lagi tah mana datang, orang-orangnya pindah masuk bot kami tengah-tengah laut. Hahaha. Gilo. 

Ni baru naik bot nak ke Pulau.

Pulau Sapi

Sampai sudahhh...

Pulau Sapi

Dari jeti

RAMAI GILA ORANG! Aku tak tau la ni pulau ke sebuah bandar. -___-. 

Nampak khemah tempat makan je aku rasa situ. Lama la kat sini sampai jam 12 tengah hari. Kitorang letak barang kat meja sekali dengan abam kaunter tu. Dia tu redo je follow kitorang. Hahaha. Jadilah dia tukang jaga bag. ;D 

Ni depan ni takde orang sebab paneh..

Kawan-kawan mata sepet pandang matahari sapa suruhh.
Lighting punya pasaiii..

Pakaila sunblock tu ha. Muka kami memang separuh hitam dah kat sini..

Kawan-kawan

Ni konon-konon je dalam laut

Tapi ni je hasilnya.
Nampak ke tidok ikan tuu?
:D

Tak lama lepas tu, kami pergi ke bot semula. Parasailing time! Nervous sbb first time ni. 15 minit je sorang atau tandem.

Rina dah macam Miss Malaysia.

Tak lama lepas kitorang kena 'rendam' dalam air sekejap, ni la hasil gambo kat camera aku untuk berbelas gambar. Blur habis muka. -___-.

Nice!

Most decent picture of us with natural lighting!

Best tau buat parasailing ni. Try laa kepada sesiapa yang belum. 

Ada 4 grup yang buat.

Ni Fisha. Sorang saja.

Ni ha rupa 'rendam' tu. Chet.


Sementara Fisha dok atas langit, kita posing sat bersama adik dok cakap apa taktau sebelah aku ni. Hehehe.

Takdela tinggi mana kannnnnn? 

Jumpa kawan-kawan baru. Yang laki tu kan lucu gila. Dia macam takde perasaan naik benda tu. Gelak tak, gembira tak, sedih tak. Takde ekspresi!

Dalam lebih kurang 1 jam pusing-pusing kat laut, kami patah balik ke Sapi.

Menepek situ sampai jam 12.

Siap makan nasi.

Toilet? Horror.

Ok nak pergi pulau lain.

Bye2 Sapi

Dalam bot nak ke Pulau Manukan..

Ok dah tu je..

Bye!