Wednesday, October 25, 2017

Kedah Bound: Langkawi - Seashell Restaurant, Laksa Ikan Sekoq, Nasi Dagang Pak Malau

Assalamualaikum!

Last post for Langkawi!

Previous post:-


10 November 2016

Balik bilik, kami mandi bagai. Then terus siap ke tempat makan kami hari tu, Laman Padi. Search Seashells Restaurant, dekat dengan Muzium Padi. 

Hijau

Kitorang pilih yang set combo 3 pax. RM 60 set ayam. Air jug RM 15 asam boi. 

Bagi aku, okay je lah. Panas ting ting time ni makan tengah sawah bendang.

Pergi Cenang Mall tengok apa ada. Sini banyak jugak coklat, pinggan mangkuk bagai. Tapi tak banyak choices. Lepastu ke Pantai Cenang. 
 
Gelap menandakan hari nak hujan!

Tak buat black and white pun. Memang cenggini ha ambik gambar..

Tiba-tiba hujan selebatnyaaaaaaaa... Kitorang teduh kat bawah payung orang. 

Hujan dah berhenti, pekena Laksa Ikan Sekoq dekat area Airport Langkawi

Masa ni jam 6 petang dah. Turn kitorang nasib baik rezeki dapat 3 pinggan laksa. Dah habis dah lepas tu.. 
RM 4 sepinggan laksa ni.. Dapatla tengok sunset sambil makan.

Balik bilik, rehat kejap. Malam tu kitorang jalan kat Cenang. Pergi massage la apa lagi. Ada satu kedai ni, dia import orang Thai. Buat back massage and head. RM 30 untuk 30 minit. 

11 November 2016

Bangun pagi, check-out dari T-Star Cottage.

Terus ke kedai sarapan agak famous kat Langkawi - Nasi Dagang Pak Malau kat area Makam Mahsuri. Sedap weh makanan dia. Makan tepi sawah pulak tu kan. Feel betul. Kami makan Nasi Dagang Ayam Gulai, Serabai Gula Melaka, Pulut Sambal, Teh Tarik. Semua sedap. Kena cuba kalau datang Langkawi ok! Total dalam RM 11 sorang. 

Nyum

Kawan

Sambil makan tengok view ni...

Then kami ke Jeti Kuah beli tiket balik Kuala Perlis. RM 18. Pukul 1 petang. Lepas tu kami pergi ke Haji Ismail Group, shopping coklat lah apa lagi. Banyak jugak belii. Oh perempuan!

Sambil tu jugak, member sekolah datang jumpa sembang-sembang, Izzah namanye. Dia bawa anak lelakinya dua orang, Kimi & Farhad. Gambar mana tak jumpa. Dalam IG Izzah kot. 

Dalam pukul 12, kami hala balik ke Jeti Kuah. Sumbat coklat dalam bag. Pulang balik kereta sewa, tunggu feri gerak dalam jam 1.15 petang jugak. Pukul 2 lebih sampai le Kuala Perlis..

Jangan lupa singgah Anjung Keli, Kangar. Makan ikan keli, tapi aku tak makan laaaa.. Makan Ikan Talapia. Hehe. Cuba Sambal Tempoyak dia sedap oi. RM 12 sorang total makan. 

Lepas tu, terus gerak ke Sungai Petani rumah Fisha. Tidur sana. Jalan kat SP la pulak kan. Pekena Roti Ghee kat Yasmeen sedap gilooo. Tengok wayang kat mall, beli tudung. Hah tu je la agenda aku. Hehe.

13 November 2016

Bangun pagi, packing barang dan siap ke Penang pulakkk!

Amboi.

Breakfast kat the famous Roti Canai Transfer Road! Sedap jugak. RM 7 sekali air sorang. Ok lah kan. Ayam whole leg kot dia bagi. 

Merah nau kuah..

Jumpa rakan dari Penang - Mame..

Jalan kat Chew Jetty dengan Art Street kejap. 

Amik gambar...

Panas tetapppppp

Hah

Hari Ahad, nasi kandar tutup - Deen Maju dengan Kampung Melayu.  Jadi untuk lunch kami makan kat Line Clear je laaa.. Dah pukul 3 lebih kot time tu. Still ramai orang. RM 12 sekali air.

Nasi Kandar mana-mana pun laaa wajib cuba kat Penang ok!

Kitorang ni koser cari parking. So jumpa je parking mana-mana. Park situ diam2, Then call Uber laa pergi mana-mana. 

Aku dah lama nak rasa Mee Sotong kat Penang. Tapi Ahad tutup, so memang tak boleh rasa. Sabtu banyak sangat aktiviti. Aku nak pastikan next time aku makan Mee Sotong tu.

Jalan pulak kat Padang Kota. Ada pasar malam situ. Murah pulak apam balik kecik tu 40 sen satu. Kat Damansara RM 1 tauuuu! Grrr. 

Then terus ke airport, naik Malindo Air turun Subang. Menepek sampai 8.50 malam.

Yay habis dah! 

2 comments:

  1. gambar cantik2.. pakai camera apa ni ? laksa ikan sekoq tu x penah pi lagi kat Langkawi. penah sampai skali tutup..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mekasih. Pakai GoPro...
      Kena gi awal kedai tu... Rezeki kami dpt last kopek punya laksa...

      Delete